BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum membawa balik makanan segera (Contoh, kopi 3 in 1) yang ditinggalkan penginap/penyewa bilik yang tidak akan menginap bilik tersebut pada masa akan datang.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hukum asal mengambil sesuatu barangan yang bukan milik kita tanpa pengetahuan dan keizinan pemiliknya adalah haram dan berdosa, perbuatan tersebut sebaiknya hendaklah dielakkan. Adapun jika pada adatnya makanan (kopi 3 in 1) yang ditinggalkan oleh penginap atau penyewa itu memang tidak akan diambil semula, hukumnya adalah harus. Kebiasaannya pemilik premis rumah sewa atau bilik sewa meletakkan syarat dan tempoh kepada penyewa untuk mengambil semula barang yang ditinggalkan dalam jangka masa tertentu. Selain itu, makanan yang ditinggalkan juga mempunyai tarikh luputnya dan boleh disedekahkan kepada orang lain. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 223

message user image