Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya, semasa 5 tahun lepas, saya terkeluar air mazi dan saya hanya memakai tuala. Air mazi itu ada terkena pada bahagian tuala dan tilam (tidak mempunyai cadar) . Disebabkan kejahilan saya, saya tidak mengetahui air mazi ada najis. Oleh itu saya tidak membasuh tuala dan tilam tersebut. Selepas saya mula mempelajari berkaitan air mazi. (1) Saya berasa was-was sama ada perlu atau tidak perlu membasuh tilam yang berat itu keseluruhannya kerana saya tidak mengetahui tempat terkenanya air mazi tersebut sebab sudah terlalu lama perkara tersebut berlaku dan air mazi itu telah kering.(2) Adakah dimaafkan sekiranya saya tidak membasuh tilam tersebut kerana terlampau berat dan tidak diketahui kedudukan terkena najis tersebut
Di samping itu, saya ingin bertanya berkenaan terkeluar air mazi dan diikuti air mani. Semasa saya ingin bangun untuk mandi, saya mendapati terdapat air yang terkena pada sofa tempat duduk. Saya ada check air tersebut tapi saya tidak mengetahui sama ada air itu adalah air mani atau air mazi (3) Boleh ke saya mengganggap air yang terkena pada tempat duduk adalah air mani (bukan najis) kerana saya dalam proses untuk menghilangkan penyakit was was saya yang melampau yang boleh mengakitbakan saya terpaksa membersihkan sofa tersebut berulang kali sekiranya ia adalah air mazi(najis) lebih-lebih lagi sofa tersebut berat. (4)sekiranya tidak boleh, adakah perlu saya mengulangi solat saya kerana setelah kejadian itu saya ada duduk di tempat tersebut dalam keadaan basah.
Selain itu. Terdapat anak saudara saya yang telah terkencing dalam seluar semasa berada di tilam. Saya pergi membawanya untuk membersihkannya.saya terlupa sama ada air kencing tersebut terkena pada tilam atau tidak padahal saya adalah check tilam tersebut sebelum membawa anak saudara pergi bersihkan diiri. Untuk pengetahuan semua, saya mempunya penyakit was was yang melampau dan mudah lupa. Saya bersangka yang air kencing itu tidak terkena pada tilam kerana penat dengan was was saya. Oleh itu saya tidak terus membasuh tilam tersebut. Setelah keesokknya saya Mula was was kembali. (4) Apakah yang perlu saya buat, adakah sah solat saya kerana saya sering duduk di tilam ketika basah (mandi).
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Untuk pengetahuan tuan, air mazi adalah sejenis cecair jernih kekuningan yang keluar daripada kemaluan lelaki dan wanita disebabkan rangsangan ketika permulaan syahwat dengan keadaan sedar ataupun tidak. Air mazi yang terhasil daripada zakar mujami’ atau kemaluan wanita ketika suami isteri yang sedang bersenggama dan terkena pada selimut atau katil ia adalah najis yang dimaafkan seandainya sedikit dan sukar untuk dielakkan. Tidak wajib untuk membasuh tempat yang terkena najis yang dimaafkan tersebut. Walau bagaimanapun, ia berbeza pada keadaan seseorang itu melakukan onani atau berzina, lembapan yang terhasil (air mazi) ketika proses atau selesai, lalu terkena pada selimut atau katil misalnya, ia adalah najis dan wajib untuk dibersihkan kerana tiada rukhsah (keringanan) dalam perkara maksiat. Manakala air mani pula adalah suci dan tidak mengandungi najis.
Merujuk kepada persoalan tuan:
1) Jika keluar air mani yang bercampur dengan air mazi sewaktu suami isteri sedang bersama adalah dimaafkan kerana sukar untuk dielak. Oleh itu, tidak diwajibkan untuk membasuh cadar setiap kali setelah bersama suami isteri. Namun begitu, adalah disarankan supaya dibersihkan cadar tersebut dengan membasuhnya bagi menjamin kebersihan. Adapun begitu, ia berbeza pada keadaan seseorang itu melakukan onani atau berzina, lembapan yang terhasil (air mazi) ketika proses atau selesai, lalu terkena pada selimut dan katil misalnya, ia adalah najis dan wajib untuk dibersihkan kerana tiada rukhsah dalam perkara maksiat.
2) Jika air mazi yang terkena pada selimut dan katil itu daripada jenis tidak dimaafkan dan ia telah kering, maka hukumnya adalah sama seperti najis kering. Iaitu ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu najis tersebut. Setelah itu, dialirkan air ke tempat yang diyakini terkena najis dan dikeringkan dengan menggunakan kain bersih yang lain. Kadar jumlah penggunaan air mutlak bagi mengalirkan air pada tempat yang diyakini terkena najis adalah sekira-kira setapak tangan sepertimana hadis Nabi SAW:
Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah pun berlaku 5 tahun yang lalu. Sehubungan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan najis tersebut. Segala pakaian dan selimut juga tilam tersebut tidak bernajis.
3) Manakala berkaitan kesan basah pada sofa dan anak saudara yang terkencing atas tilam tersebut sama ada ia bernajis atau tidak adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Said bin Musayyab bahawa terdapat seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW yang dia ragu-ragu sama ada keluar sesuatu (terkentut) ketika solat, lalu baginda SAW bersabda:
Di hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Dari dua hadis di atas, menunjukkan bahawa ragu-ragu atau syak tidak boleh dijadikan sandaran hukum. Ini dikukuhkan dengan firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:
Ini dikuatkan dengan kaedah Fiqh yang berbunyi:
Oleh itu, hukum asal sesuatu itu adalah suci, maka ia akan terus kekal suci. Manakala najis itu sifat atau keadaan yang mendatang, maka ia perlu dibuktikan dengan keyakinan, dan bukan ragu-ragu. Perasaan tidak yakin atas sesuatu itu merupakan penyakit was-was pada diri anda yang perlu dielakkan dan dijauhi bagi menggelakkan permasalahan yang lebih berat kepada diri anda pada masa akan datang. Perasaan was-was itu adalah gangguan dari syaitan. Para ulama’ amat mengambil berat mengenai penyakit ini kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menjadi sesuatu yang lebih kronik kerana ianya penyakit yang berkaitan dengan jantung hati.
4. Sehubungan itu, tidak perlu diulangi solat kerana pakaian tersebut adalah kekal suci. Manakala tilam tersebut juga kekal suci kerana tiada kesan air kencing pada tilam tersebut.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.