BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum.. 

Saya ada satu pertanyaan. Sekiranya seseorang tu membeli sebuah motorsikal dengan cara berhutang dengan kedai motorsikal tapi motorsikal tidak habis di bayar atau mungkin tidak di bayar sekian lama kemudian pemilik motorsikal (iatu orang yang masih ada hutang motorsikal) meninggal dunia dan warisnya ingin menjual motorsikal itu kepada pihak ketiga secara tidak sah kerana tiada geran dan sebagainya kerana status motorsikal tersebut masih dalam hutang. Adakah boleh? Apa hukum hasil jualan motorsikal tersebut? Moga pihak mufti dapaf menjawab. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pembeli belum mempunyai pemilikan penuh ke atas suatu barang yang belum habis dibayar atau masih mempunyai hutang. Pemilikan individu terhadap sesuatu barang tersebut adalah mengikut kadar peratusan bayarannya ke atas barang tersebut. Dalam kes ini, barang tersebut dimiliki sebahagiannya oleh si mati, manakala sebahagian yang lain masih dimiliki oleh penjual (pihak kedai).

Cadangan kami bagi menyelesaikan masalah ini adalah pihak waris boleh melangsaikan pembayaran hutang si mati dengan menggunakan harta tinggalan si mati. Kemudian harta tersebut hendaklah difaraidkan mengikut hukum syarak seperti biasa. Setelah itu, terpulang kepada pemilik sama ada ingin menjualkannya atau memanfaatkannya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 114

message user image