BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanyakan berkenaan status surau di Negeri Selangor. Adakah terdapat fatwa yang menerangkan berkenaan perkara ini sama ianya merupakan masjid atau musolla?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tidak ada fatwa secara khusus yang mengkategorikan surau sebagai masjid atau musolla. Walau bagaimanapun, pandangan hukum telah dikeluarkan bahawa tidak harus untuk melakukan solat Tahiyyatul Masjid serta niat beriktikaf di dalam surau serta surau yang mendapat kebenaran menunaikan solat Jumaat. Pandangan hukum ini memberi pemahaman bahawa surau tidak dianggap sebagai masjid. Hanya di masjid sahaja yang diharuskan melakukan solat Tahiyyatul Masjid serta niat beriktikaf di dalamnya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 218

message user image