BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum bidaan atau "bidding"?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, akad jual beli secara lelong atau membida dalam Islam adalah harus dan sah jika menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, yang bermaksud: "Rasulullah SAW menjual pelana kuda dan gelas (bekas minuman). Baginda berkata siapakah yang akan membeli pelana dan gelas ini. Maka seseorang lelaki berkata: aku membeli keduanya dengan harga satu dirham. Nabi SAW bersabda: “Siapakah yang ingin membelinya dengan harga lebih satu dirham”? Maka seorang lelaki (lain) memberikan kepada Nabi SAW sebanyak dua dirham dan Nabi menjualkan kedua-duannya kepada lelaki tersebut." (Riwayat al-Tirmizi) Dalam Islam akad ini disebut sebagai Bai al-Muzayadah iaitu saling naik-menaik. Akad ini diharuskan dengan syarat tidak berlaku dua aktiviti berikut iaitu: 1. An-Najash atau bidaan palsu iaitu seseorang yang tidak berniat untuk membida tetapi kehadirannya hanya bertindak untuk membuatkan harga bidaan menjadi tinggi. 2. Membida jual beli orang lain, iaitu bermaksud semasa urusniaga lelong dijalankan terdapat orang ketiga berkata : “Batalkan jual beli ini (membida) dan saya akan dapatkan kamu dengan barangan yang sama harga dan berkualiti lebih baik”. Kedua-dua aktiviti yang ditegah ini adalah perbuatan yang akan memanipulasi harga lelongan sama ada menjadi terlalu tinggi atau menjadi terlalu rendah. Pastinya ini akan menzalimi penjual/ pembeli kerana terdapat unsur menipu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 1576

message user image