BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Asalam. Saya ingin bertanya, saya telah bernazar jika saya berkahwin saya akan sedekahkan seekor kambing kepada rumah anak yatim. Adakah sah jikalau kambing tersebut disedekahkan kepada rumah anak yatim dan asnaf. Atau perlu disedekahkan ke rumah yang ada anak-anak yatim sahaja? Mohon pencerahan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Nazar bermaksud mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT,  yang tidak ditentukan dalam syara’, sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan iaitu mengaitkan dengan suatu perkara

Justeru, apabila apa yang diinginkan saudari itu terlaksana, maka wajib bagi saudari untuk melaksanakan apa yang dinazarkan iaitu memberi sedekah seekor kambing kepada rumah anak yatim. Oleh kerana dalam nazar tersebut telah ditentukan untuk anak yatim, maka tidak boleh ia dikongsikan dengan golongan lain seperti asnaf atau sebagainya, kecuali saudari membeli seekor lagi kambing yang lain dan disedekahkan kepada golongan asnaf pula. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 79

message user image