BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya, bolehkah kita masak makanan laut seperti udang, sotong dan ketam tanpa perlu siang? Hanya cukup sekadar basuh di luar sahaja. Tidak buang isi perut ataupun dakwat yg ada. Sekian, terima kasih ya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

 Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168 :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا

Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik

Dalam Islam, haiwan darat yang halal dimakan wajib disembelih sebelum dimakan. Jika haiwan tersebut mati tanpa sembelihan yang sah, ia dikira bangkai dan haram dimakan.

Namun haiwan yang hidup sepenuhnya di dalam air pula tidak perlu disembelih. Sekiranya ia mati di dalam air atau selepas ditangkap, bangkainya adalah suci dan halal dimakan, selagi tidak memudaratkan.

 Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 96:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ

Maksudnya: Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya : Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih). (Riwayat al-Tirmizi)

Kesimpulannya, berkaitan persoalan yang dinyatakan iaitu sotong, ketam dan udang adalah tergolong dari haiwan laut dan ia boleh dimakan tanpa disembelih dan harus tidak membersihkan isi perutnya (melainkan ikan yang besar wajib membersihkannya). Namun islam juga mengajarkan kebersihan dan ada baiknya ia dibersihkan terlebih dahulu melainkan terdapatnya kesukaran untuk membersihkannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 2415

message user image