BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Minta pencerahan.

Salat Fardu harian 5 waktu.

Adakah Asbabun Nuzul atau ada nas Quran atau Hadith yang memberi penjelasan yang Subuh 2 Rakaat, Zuhur 4 Rakaat, etc.

Mengapa specific Rakaat?

Soalan yang pelik, bukan nak soalkan Rakaat itu banyak jadi malas nak buat.

Tapi mungkin ada significant dan keutamaan yang Subuh 2, Zuhur 4, Asar 4 tapi Magrib hanya 3 dan Isha back to 4?

JAZAKALLAHUKHAIR atas kesabaran dengar soalan saya.

Kalau soalan ini tak relevant, minta beritahu.

Belajar seumur hidup.

Life-long learner.

DR AZIZUDDIN


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, jumlah rakaat di dalam solat adalah perkara ta'abbudiyyah iaitu perkara keagamaan yang wajib diterima tanpa diketahui alasan atau sebabnya, yang mana perkara itu hanya Allah yang Maha Mengetahui, seperti mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali ketika tawaf, mengelilingi Kaabah berlawanan dengan arah pusingan jam dan tidak mengikut arah jam, berulang-alik dari Safa dan Marwa sebanyak 7 kali ketika sa'i, tempoh iddah bagi wanita menopaus adalah 3 bulan, iddah wanita kematian suami selama 4 bulan 10 hari dan banyak lagi yang mana semuanya bersumberkan kepada al-Quran atau sunnah Nabi SAW.  

Apa yang dapat kami kongsikan adalah Nabi Muhammad SAW menerima kefarduan solat semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj yang pada asalnya berjumlah 50 waktu dalam sehari semalam. Walau bagaimanapun, jumlah tersebut berkurang menjadi 5 waktu sahaja atas permintaan Nabi Muhammad SAW kepada Allah SWT. Masa, cara, bacaan serta jumlah rakaat pada solat adalah apa yang ditetapkan dan diajar oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril AS. Semuannya adalah dengan kehendak dan petunjuk daripada Allah SWT dan tidak ada sebarang dalil khusus mengenai jumlah atau bilangan rakaat pada solat. Umat Islam diwajibkan untuk mencontohi solat yang didirikan oleh Baginda SAW sebagaimana hadis daripada Malik ibn al-Huwairith bahawa Rasulullah SAW bersabda:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي

Maksudnya: Dirikanlah solat sebagaimana kamu lihat aku dirikan solat.

 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 153

message user image