BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Minta maaf atas kekhilafan saya. Disini saya ingin bertanya mengenai hukum najis. Saya ada masalah was was yang agak teruk. Saya nak bertanya bagaimana saya ingin menyelesaikan masalah nya begini. Saya ada dapur singki yang bocor jadi di bawah singki itu saya meletak kan bekas untuk menadah air yang bocor itu dan suatu hari bekas itu ada termasuk taik cicak , bila dah termasuk taik cicak saya pon buang air itu tapi tidak membilas bekas tersebut dan terus letak di bawah singki tersebut, selepas dari haritu air di dalam bekas itu penuh dan abang saya nak buang air itu tetapi tertumpah di atas lantai. Dia tidak tahu tentang taik cicak yg pernah termasuk dalam bekas tersebut. Sehubungan dengan itu air yg tertumpah itu telah dipijak oleh keluarga saya dan dah merata berjalan. Selepas itu abang saya lap lantai itu sekadar menghilang kan basah di lantai. Jadi persoalannya perlu ke saya basuh lantai dapur saya? Adakah semua rumah saya menjadi najis? Harap ustaz dapat membantu saya dengan secepat mungkin dalam masalah ini. Jazakallahukhair.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, najis terbahagi kepada dua iaitu najis ‘aini dan najis hukmi. Najis ‘aini adalah najis yang dapat dilihat dengan mata kasar dan jelas sifat fizikalnya seperti bau, rasa dan warnanya. Najis sebegini perlu dilap atau ditanggalkan terlebih dahulu , kemudian dibasuh tempat tersebut dan dikeringkan. Adapun najis hukmi adalah najis yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tiada sifat fizikalnya. Najis ini juga perlu dibasuh dengan air mutlak kemudian dikeringkan. Dalam soalan yang dikemukakan, air di dalam baldi itu dikira air mutanajjis (air yang terkena najis), kerana bercampur dengan najis cicak. Walaupun setelah air tersebut dituangkan kemudian diisi dengan air yang baharu, ia tetap dikira air mutanajjis kerana baldi tersebut tidak dibasuh terlebih dahulu. Air yang sedikit kurang dari dua kolah (200 Liter), jika bercampur dengan najis ia dikira sebagai najis, walaupun keadaan fizikal air tersebut tidak berubah. Keadaan lantai atau tempat terkena air mutanajjis itu adalah najis ‘aini dan perlu dibasuh. Apabila air tesebut hanya dikeringkan atau dilap maka tempat tersebut dikira najis hukmi kerana cara cucian tidak sempurna. Cara menyucikan najis hukmi adalah dengan mencurahkan air ditempat tersebut kemudian dilap semula. Jadi lantai yang diyakini terkena air mutanajjis perlu dibasuh (disiram) dengan air mutlak dan dilap semula. Adapun di tempat - tempat lain yang tidak diyakini terkena air mutanajjis tersebut maka dimaafkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 664

message user image