BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Sahibus Samahah / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan, Saya terlibat dalam sukan memanah tradisional, dan saya menarik tali busur menggunakan cara “thumb draw”, yakni menggunakan ibu jari saya. Bagi melindungi ibu jari saya daripada tercedera ketika menarik tali busur, terutamanya jika saya menggunakan busur yang mempunyai “poundage” ataupun berat menarik tali busur yang tinggi, saya akan menggunakan “thumb ring”. Di pasaran masa kini wujud “thumb ring” memanah tradisional yang diperbuat daripada resin, plastik, besi/keluli, tanduk dan lain-lain. Persoalan saya, wujud “thumb ring” di pasaran yang diperbuat daripada tanduk lembu dan pembuat “thumb ring” tersebut berpusat di Korea Selatan. Oleh itu, saya tidak tahu jika lembu tersebut disembelih atau tidak. Oleh yang demikian, boleh saya tahu apakah hukum menggunakan tanduk daripada binatang yang tidak disembelih? Adakah tanduk daripada binatang tidak disembelih dikira sebagai bangkai? Jika ya, adakah ini bermakna saya perlu menyucikan diri dan/atau pakaian setiap kali menggunakan “thumb ring” tersebut sebelum saya boleh solat? Bantuan Sahibus Samahah / Dato’ / Dr. / Tuan / Puan dalam menjawab permasalahan ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan jazakumullahu khoiron kathiron.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menggunakan tanduk binatang yang halal dimakan, tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah suci dan tidak najis, seterusnya ia boleh dimanfaatkan selain daripada dijadikan sebagai bahan dalam produk makanan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 70

message user image