BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apabila seorang muslim mempunyai anak kandung lelaki dari perkahwinan yang sah semasa dia mati, adakah benar waris harta pusakanya hanya terdiri dari kalangan ahli keluarga di bawah, dan bahagian harta pusaka masing-masing mengikut hukum syarak adalah seperti berikut: 1. Suami (1/4 bahagian)/isteri (1/8 bahagian) – An-Nisa’ 4:12 2. Ibu (1/6) dan bapa (1/6) – An-Nisa’ 4:11 3. Anak kandung (baki: bahagian anak lelaki sama dengan dua bahagian anak perempuan) – An-Nisa’ 4:11 Contoh: Seorang muslimah telah meninggal dunia. Pada tarikh kematiannya, ahli keluarganya yang masih hidup adalah: 1. Seorang suami. 2. Seorang (1) anak perempuan dan dua (2) orang anak lelaki (tiada anak selain ini sepanjang hayatnya). 3. Seorang (1) cucu perempuan dan seorang (1) cucu lelaki dari anak perempuan di atas dan dua (2) orang cucu lelaki dari salah seorang anak lelaki di atas. 4. Tiga (3) orang saudara lelaki dan lima (5) saudara perempuan seibu-sebapa (tiada adik-beradik selain ini sepanjang hayatnya). Ibu dan bapa muslimah tersebut telah meninggal dunia semasa hidupnya. Adakah ahli keluarganya yang layak mewarisi harta pusaka muslimah tersebut dan bahagian warisan harta pusaka masing-masing berdasarkan hukum faraid adalah seperti di bawah? 1. Suami: 5/20 (1/4). 2. Anak perempuan: 3/20. 3. Anak lelaki 1: 6/20. 4. Anak lelaki 2: 6/20. Jika bukan, tolong betulkan. Mohon pihak tuan maklumbalas.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pembahagian bagi contoh kes yang dikemukakan adalah seperti berikut: 1. Suami mendapat 1/8 kerana si mati (isteri) mempunyai anak lelaki dan anak perempuan. 2. Anak lelaki dan perempuan menerima asobah (menghabisi semua harta) dengan pembahagian 2 : 1 (2 bahagian untuk anak lelaki, 1 bahagian untuk anak perempuan). 3. Cucunya adalah terhijab/ terdinding, kerana si mati mempunyai anak. 4. Adik-beradik si mati juga terhijab/ terdinding. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 92

message user image