BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum w.b.t, para panel dan pihak Jawatan Mufti Negeri Selangor. Saya mahu bertanya, adakah dengan meminta maaf dengan bersalaman telah selesai sesuatu perselisihan, sebab saya dituntut untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tetapi saya tidak melakukannya. Sekian soalan saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, tuntutan permohonan maaf dibuat secara terbuka perlu dilihat kepada kesalahan yang dilakukan. Seandainya kesalahan itu dibuat secara terbuka, adalah menjadi kewajaran kepada orang yang diminta maaf itu membuat tuntutan kemaafan secara terbuka, dan ia wajar dipenuhi oleh orang yang meminta maaf. Namun sekiranya kesalahan itu adalah tertutup, maka tidak wajar untuk orang yang diminta maaf meminta memohon kemaafan secara terbuka daripada orang yang memohon maaf.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 98

message user image