Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah sah solat jika menggunakan deodrant jenama rexona sebagai pewangi ketiak. terima kasih dan saya mohon pencerahan.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Salah satu daripada syarat sah solat adalah suci daripada najis sama ada pada badan, pakai atau tempat solat. Memakai deodorant atau pewangi ketiak pada asasnya adalah diharuskan selagi tidak mengandungi unsur najis. Berhubung deodorant jenama Rexona, saudara hendaklah memastikan kandungan yang terdapat padanya suci daripada najis. Seandainya kandungannya suci dari najis, maka ia harus digunakan untuk solat.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82