BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Askm

Soalan: Arwah bapa mertua saya sebelum beliau meningal dunia telah memberi sebuah rumah (menukar nama) kepada isteri saya. Pemberian rumah ini telah di persetujui oleh kesemua.adik beradik isteri saya. Di dalam rumah tersebut terdapat beberapa peralatan saperti perabut, peti sejuk dan mesin basuh. Jika isteri saya hendak mewakafkan atau memberikan alat2 tersebut kepada orang lain adakan perlu mendapat persetujan dari adik beradik beliau. Kerana saya berangapan bila rumah tersebut di berikan kepada.isteri saya  barang2 tersebut juga adalah milik isteri saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, menghadiahkan atau menghibahkan rumah kepada seseorang tidak termasuk barangan yang terdapat di dalam rumah itu, melainkan ia turut dinyatakan sebagai hibah. Oleh itu, tuan hendaklah memastikan dahulu bahawa rumah yang diberikan kepada isteri tuan oleh ayah mertua adakah merupakan rumah sahaja atau termasuk perkakas, barangan dan semua yang terdapat di dalam rumah tersebut. 

Seandainya tidak dapat dipastikan, maka ia kembali kepada hukum asal iaitu tidak berlaku hibah terhadap barangan yang terdapat di dalam rumah itu dan ia menjadi harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris yang berhak. Oleh itu, adalah wajar bagi isteri tuan untuk berbincang bersama ahli waris yang lain berhubung harta peninggalan tersebut. 

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 27

message user image