BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz, saya baru tahu niat solat perlu dinyatakan "fardhu" . oleh itu, saya perlu mengqadakan solat saya yang sebelum ini. Saya mengqadakannya sebelum dan selepas setiap solat fardu. Masalah timbul, saya mempunyai masalah keputihan, perlukah saya mengambil wuduk setiap kali solat tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Keputihan adalah cecair yang keluar daripada bahagian batin faraj seperti air mazi, air wadi dan sebagainya. Ia merupakan najis dan membatalkan wuduk. Ia bersandarkan kepada nukilan daripada Imam al-Syafi’i dalam kitab al-Umm bahawa: 

كُلِّ مَا خَرَجَ مِنْ ذَكَرٍ مِنْ رُطُوبَةِ بَوْلٍ، أَوْ مَذْيٍ أَوْ وَدْيٍ أَوْ مَا لَا يُعْرَفُ، أَوْ يُعْرَفُ فَهُوَ نَجِسٌ

 كُلُّهُ مَا خَلَا الْمَنِي

Maksudnya: Setiap kencing, mazi, wadi atau sesuatu yang tidak diketahui atau diketahui yang keluar daripada  kemaluan, maka semua hukumnya najis kecuali air mani.

Menurut soalan puan, jika wanita yang mempunyai masalah keputihan yang keluar berterusan hukumnya sama seperti wanita istihadah atau sentiasa dalam keadaan hadas ( دائم الحدث). Oleh itu, puan hendaklah membasuh faraj daripada najis keputihan, memakai tuala wanita atau pantyliner di permukaan faraj agar ia tidak mengalir keluar, mengambil wuduk setelah masuk waktu solat dan wuduknya hanya sah untuk satu solat fardu dan beberapa solat sunat. walaupun puan qada’ solat ia merupakan ganti kepada solat fardu, jadi hendaklah mengulang perbuatan tersebut setiap kali hendak solat fardu. 

Walau bagaimanapun, seandainya dapat dipastikan selepas membersihkan kemaluan dan berwuduk tidak terdapat keputihan yang keluar, maka puan harus untuk solat seberapa banyak solat fardu sehingga didapati keluar keputihan atau terbatal wuduk. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 70

message user image