BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum WBT

Saya ingin dapatkan penjelasan.. baru2 ni saya ada bergaduh dgn suami.. selepas selesai bergaduh suami menyatakan yg dia minta maaf telah berniat menceraikan saya.. namun tiada lafaz yg diperkataan ketika kami bergaduh.. Adakah jatuh talak untuk situasi kami?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Talak bermaksud membubarkan akad nikah dengan lafaz “talak atau cerai” atau seumpamanya. Talak akan berlaku jika memenuhi rukun-rukun serta syarat-syaratnya. Sekiranya seorang suami hanya berniat talak dan tidak melafazkannya, maka talak tidak berlaku.

Kesimpulannya, talak tidak jatuh dengan hanya dengan suami berniat sahaja tanpa menyebutkan lafaz cerai secara jelas (sorih) mahupun kiasan (kinayah) yang merupakan salah satu rukun talak.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 111

message user image