BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya ikuti group tadarus bulan Syaaban di masjid istiqamah Puchong dan masih dalam bacaan juz yang belum tamat.. kawan2 pula kata 7 hari saya tidak bersama dalam group tadarus tersebut perlu saya ganti balik 7 hari yg saya tidak baca itu, sedang kan sahabat2 dalam group saya terus bertambah juz yg mereka baca

Kini saya sedang berada diluar negara

 

Soalan saya:

 

Perlukah juz yang saya tidak baca, saya ganti baca setelah pulang dari luar negara

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Membaca Al-Quran dengan cara bertadarrus merupakan perkara yang disunatkan dan memiliki ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Sekiranya terlepas hari-hari tadarus maka terlepaslah pahala bacaan pada hari tersebut. Sebaiknya bacaan yang tertinggal tersebut dibaca supaya dapat melengkapkan bacaan Al-Quran dan sempurna sebelum majlis khatam dibuat. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image