BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang soal najis.Ketika membuang air kecil dalam tandas, saya terasa seakan-akan ada titisan air kencing yang merecik ke bahagian punggung saya.Tapi saya tidak yakin sekiranya itu hanya perasaan atau benar-benar berlaku.

Apakah yang harus saya lakukan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada permasalahan yang diajukan, Islam sememangnya memerintahkan agar setiap umatnya berada dalam keadaan suci pada tubuh badan dan pakaiannya sebelum mendirikan solat. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna seseorang itu perlu memeriksa atau memelihara dirinya daripada najis sehingga menyusahkan pelaksanaan sesuatu ibadah.

Percikan air kencing yang halus, yang sukar dilihat dengan mata serta sukar untuk dikawal adalah dimaafkan. Begitu juga sekiranya tidak dapat dipastikan dengan yakin atau ragu-ragu sama ada terkena percikan air kencing atau tidak. Namun sekiranya diyakini terkena percikan air kencing dengan kadar yang banyak yang dapat dilihat dengan jelas, maka ia wajib dibersihkan dan disucikan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82

message user image