Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan. Harap tuan sudi menjawab beberapa persoalan saya untuk menghilangkan keraguan dalam diri saya.
1. Taklik untuk perkara yang akan datang dan mungkin akan terjadi kan? Sekiranya suami melafazkan taklik untuk perkara yang dah bertahun lepas dikira macam mana ya? Contoh, saya berkahwin pada 2018. Suami telah melafazkan ayat sebegini 'kalau abang tipu apa apa pasal kenduri nad tu jatuh talak'. Ataupun 'kalau abang pergi mana mana masa kenduri nad tu jatuh talak'. Saya tak pasti mana lafaz yang betul. Sebab saya pun sudah lupa. Persoalannya sekarang, kenduri nad tu pada 2013, sebelum kami berkahwin lagi. Hal ini berbangkit sebab saya ada bukak fb dia. Saya scroll sampai terkeluar feed gambar dia dengan kawan kawan dia dekat kenduri kawen (2013). Saya kejut dia dari tido, saya tanya pergi mana, dengan siapa, ada pergi tempat lain tak selain kenduri tu, lepak lepak kat kedai ke, tengok wayang ke. Suami terus cakap tiada. Dia sekadar pergi kenduri nad tu je, tiada kemana mana dah selepas itu. Terus balik rumah. Dia lafaz begitu untuk meyakinkan saya bahawa dia memang tiada ke mana mana masa kenduri tu. Adakah taklik tu masih valid untuk perkara yang dah lepas?
2. Adakah lafaz 'aku lepaskan kau' dikira kinayah? Niat lafaz ayat ni untuk isteri berhenti desak dan untuk isteri bertenang. Tiada niat cerai.
3. Kalau lafaz 'kalau sayang nak sangat cerai, jum abang hantar sayang balik rumah mak dulu, baru jatuh. Abg lepaskan syang'. Adakah dikira kinayah jugak?
4. Lafaz 'kalau itu yang sayang nak, abang boleh lepaskan sayang, tapi biar abang hantar balik rumah mak dulu baru jatuh'. Adakah ini juga kinayah?
5. Suami ada lafazkan didalam whatsaap 'kalau abg salam kawan pondok TADI, jatuh talak'. Ceritanya, kami balik kg sebab ada kenduri. Tapi masa tu kes covid terlalu tinggi. Jadi saya takut kalau virus berjangkit melalui sentuhan. Sblum balik saya dah pesan pada suami, pakai mask, dan jangn salam2 orang. Suami ckp ye. Bila dah sampai kampung, kawan kwan pondok suami pon datang. Saya ad chat suami saya pada masa tu, ada salam ke? Suami balas tiada. Saya tidak percaya. Saya balas chat suami 'kalau salam jatuh talak'. Suami ckap dia taknak main main dengan talak ni. Saya ckap saya nak lari kalau dia taknak cakap. Kalau betul tak salam kenapa taknak ckap. Pastu suami balas 'kalau abang salam kawan pondok tadi jatuh talak'. TapI tadi tu dia betul2 tak salam. Persoalan saya, adakah jatuh talak kalau dia salam kawan pondok dia beberapa bulan kemudian?
6. 2021 suami kantoi dengan saya yang dia ada block sorang perempuan ni. Suami block pada tahun 2020. Waktu block tu, dia tiada balas 1 mcg dari prempuan tu pun. Dia cuma baca dan block. Waktu kantoi dngan saya (2021) tu. Dia ada melafazkan 'kalau betul abang ada balas mesej dia waktu block no dia haritu jatuh talak, abang berani cakap ni sebab memang abang tak buat). Persoalan saya andaikata masa akan datang ni dia ada mesej perempuan tu lagi jatuh talak atau lafaz tu tak valid ya?
Soalan 1,4,5 dan 6 semua taklik untuk perkara yang dah lepas, bukan yg akan datang. Adakah taklik itu valid ya? Saya sudah buat pengsahan, dan hakim sahkan masih suami isteri dan tak sabit. Tapi hakim tiada bagi tahu sebab. Hakim cuma bgtau lafaz untuk perkara yang dah lepas (jadi) tak valid, itu bukan lafaz taklik(syarat yg digantungkan). Itu sekadar lafaz sumpah dan lafaz untuk meyakinkan saya sahaja. Saya pun tidak bertanya. Tapi sampai sekarang, saya masih keliru dan was2. Bantu saya. Harap tuan dapat menjawab dengan lebih detail. Sekian lama saya memikirkan hal ini. Sehingga saya kemurungan.
Terima kasih. Semoga tuan sntiasa dirahmati Allah selalu.
Jawapan