Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt,
Tuan, saya ingin tanya berkenaan nafkah kepada anak-anak arwah abang kandung saya. Selama ini anak-anak arwah tinggal bersama ibu bapa (atuk & opah) di kampung daripada (2017) kecil menyusu & pakai pampers sehingga kini bersekolah. pihak kami membela anak-anak arwah atas kasih sayang dan ehsan dan ingin meringankan beban isteri kepada arwah. Kesemua anak-anak tersebut diserah secara sukarela tanpa bantahan oleh si ibu dan keluarga si ibu. Untuk makluman juga, bekas isteri arwah sudah berkahwin lain pada awal tahun 2021 dan telah bercerai sekitar awal tahun 2022.
Sekarang, ibu kepada anak-anak tersebut ingin mengambil kembali anak-anak setelah semua telah besar (masih bersekolah rendah). Pihak kami agak keberatan untuk melepaskan anak-anak dengan keadaan kewangan dan kehidupan si ibu yang masih belum stabil berdasarkan pemerhatian kami.
Soalan saya kepada pihak tuan adalah seperti berikut:
Perhatian dan maklum balas dari pihak tuan amat saya hargai.
Terima kasih.
Jawapan