BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Sekiranya saya ingin mandi wajib adakah diwajibkan bagi saya untuk memeriksa bahagian tubuh badan sebelum mandi? Contohnya saya memeriksa bahagian tapak kaki dan celah-celah kuku tangan dan kaki untuk memastikan tiada habuk atau tanah yang melekat kerana apabila berjalan dalam rumah tanpa alas kaki sudah pasti akan ada habuk atau debu-debu yang hitam melekat pada tapak kaki.

Sekiranya saya terus mandi wajib tanpa mengambil peduli tentang kewujudan habuk dan debu pada tapak kaki dan celah kuku, adakah mandi saya sah? 


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Rukun atau fardu mandi junub ada tiga iaitu:-

            1) Niat mengangkat hadas besar atau mengangkat janabah

            2) Membersihkan najis dan kotoran yang melekat pada badan dan menghalang air daripada sampai ke kulit.

            3) Meratakan air ke seluruh anggota badan termasuk kulit dan bulu-bulu yang ada di badan.

Selain itu, disunatkan bagi seseorang itu ketika mandi junub untuk menggosok keseluruhan badannya.  Walau bagaimanapun, kotoran yang sedikit seperti daki, selagimana tidak menghalang air daripada terkena kulit. Oleh itu, sah hukum mandi wajib walaupun tidak menghilangkan daki tersebut terlebih dahulu. Namun, lebih baik sekiranya ia digosok dan dihilangkan ketika mandi untuk memastikan badan kita benar-benar bersih. Begitu juga debu dan habuk, ia adalah kotoran yang mudah hilang dengan siraman air dan menggosoknya semasa mandi.

.والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image