BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ingin bertanya:Saya mendapati ada beberapa ekor semut diatas meja makan dan saya pun mengelap semut itu dgn kain yang basah sampai semut itu mati dan menjadi bangkai.Persoalannya apakah air dari kain basah itu menjadi mutanajis dan apakah saya sudah menyebarkan najis? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Pada dasarnya, bangkai semut dikategorikan sebagai najis iaitu najis yang dimaafkan ketika mengenai air namun tidak dimaafkan ketika mengenai pakaian. Namun, ulama Syafi'iyah menyebut bahawa bangkai haiwan yang tidak memiliki darah mengalir, seperti semut, lalat, nyamuk, dan ain-lain jika dalam kuantiti sedikit (mengikut adat kebiasaan), maka ia dimaafkan.

Justeru, dalam persoalan yang diajukan, situasi tersebut juga tidak menyebabkan kawasan yang dilap tersebar dengan najis kerama kuantitinya yang sedikit.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image