BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

1. Bolehkah kita memakai keychain gambar kartun haiwan


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Memiliki patung-patung kecil, perhiasan sebagai permainan ada keharusan, jika ia tidak ditaqdiskan yakni diagungkan atau dimuliakan dan ia tidak membawa kepada pembaziran. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Aisyah RA:

كُنْتُ أَلْعَبُ بِالْبَنَاتِ عِنْدَ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – وَكَانَ لِى صَوَاحِبُ يَلْعَبْنَ مَعِى ، فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – إِذَا دَخَلَ يَتَقَمَّعْنَ مِنْهُ ، فَيُسَرِّبُهُنَّ إِلَىَّ فَيَلْعَبْنَ مَعِى

Maksudnya: Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan mainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku. (Riwayat al-Bukhari)

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menggunakan keychain yang mengandunig gambar adalah diharuskan dengan syarat tidak mengagungkannya atau memuliakannya. Walaupun begitu, adalah digalakkan supaya ia dielakkan agar tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya dalam hati kita.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 90

message user image