Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Dato'/Ustaz, saya ingin bertanya sekiranya suami lafaz kepada isteri "Pulang kerumah segera jika tidak jatuh talak satu" si isteri masih tidak pulang, dan suami lafaz sakali lagi "Kalau tak nak jatuh talak pulang segera" si isteri masih tidak pulang dan suami lafaz lagi untuk kali ketiga "Aku bagi masa 15minit untuk kamu pulang kalau tidak jatuh talak" si isteri masih tidak pulang. Soalan saya, adakah jatuh talak tiga terhadap isteri tersebut, walaupun niat suami ingin jatuhkan talak satu?
Jawapan
Lafaz yang diucapkan oleh suami terhadap isteri dinamakan lafaz cerai sarih(jelas), oleh itu jika berlaku seperti yang dilafaz oleh suami maka jatuh talak tersebut. Dalam kes saudari ini, dinasihatkan segera rujuk ke Mahkamah Rendah Syariah berhampiran untuk pengesahan lafaz cerai dan keterangan lanjut kerana hanya pihak mahkamah yang boleh mensabitkan jatuh berapa talak tersebut. Sekian, terima kasih.