BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya was-was dengan puasa saya harini. Adakah batal puasa saya apabila saya mengeluarkan lendir resdung dari mulut menggunakan lidah tanpa bersentuhan dengan lelangit, bawah lidah dan bibir dan memasukkan balik tanpa sengaja, apabila saya memasukkan balik lidah ianya juga tidak terkena mana-mana bahagian yang saya sebutkan tadi. Kemudiannya saya mengulangi dengan mengeluarkan lidah untuk meludah saki baki lendir yang diludah tidak habis tadi. Harap soalan saya difahami.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara perkara yang boleh membatalkan puasa seseorang adalah dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan melalui saluran terbuka seperti mulut, hidung, qubul dan dubur. Adapun apa-apa perkara yang mengalir keluar dari tubuh semasa berpuasa adalah tidak membatalkan puasa. Berdasarkan penerangan yang diberikan, perbuatan puan tidak membatalkan puasa, melainkan puan menelan lendir resdung itu dengan sengaja.

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 55

message user image