BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanya adakah seluar dalam yang telah dicuci daripada keputihan boleh digunakan dalam solat? Kerana saya ada melihat beberapa video bahawa seluar dalam yang terkena keputihan tidak boleh digunakan walaupun telah dicuci dengan air mutlak. Adakah ini benar? Dan adakah solat saya sah selama ini kerana kerana saya solat menggunakan seluar dalam yang telah dibasuh keputihan yg melekat secara bersih menggunakan air mutlak dan adakah saya perlu qada solat saya? Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Keputihan dikategorikan sebagai najis mutawassitah dan ia wajib dibersihkan atau disucikan apabila terkena pada pakaian seperti seluar dalam. Seluar dalam yang terkena keputihan setelah disucikan dengan menggunakan air mutlak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak adalah suci dan boleh digunakan untuk solat. Solat puan sebelum ini adalah sah dan tidak perlu diqada'.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 17

message user image