BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Kalau kita bersolat subuh di masjid dan masbuk 1 rakaat adakah kita perlu membaca doa qunut ketika menambah rakaat walaupun sudah membaca doa qunut ketika solat bersama imam.Juga seperti solat maghrib dan kita masbuk 2 rakaat adakah tahiyat awal perlu ditambah di rakaat pertama atau rakaat kedua.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Seseorang makmum yang masbuq perlu mengulang semula bacaan qunutnya sewaktu menggantikan rakaat yang tertinggal dan mengulang tasyahhud sewaktu menggantikan rakaat yang tertinggal, meskipun dia telah membaca qunut dan tasyahhud bersama imam. Hal ini berdasarkan kenyataan Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab, katanya:

فإن كان ذلك في صلاة فيها قنوت فقنت مع الإمام أعاد القنوت في آخر صلاته ...... كما لو تشهد مع الإمام ثم قام إلى ما بقي فإنه يعيد التشهد

Maksudnya: Jika solat itu mempunyai qunut, maka dia hendaklah qunut bersama imam, dan apabila dia bangun untuk menggantikan satu rakaat yang tertinggal, dia hendaklah qunut sekali lagi, sebagaimana jika dia telah duduk tasyahhud bersama imam, dia perlu duduk dan membaca tasyahhud sekali lagi sewaktu menggantikan rakaat yang tertinggal itu.

Justeru itu, menurut mazhab Shafi'i bacaan qunut dan tasyahhud perlu diulangi semula bagi menggantikan rakaat yang tertinggal.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 100

message user image