BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Beberapa tahun yang lalu saya pernah meminjam buku daripada sebuah perpustakaan ketika pesta buku diadakan.

Persoalannya, bolehkah sekiranya saya ingin memulangkannya secara senyap-senyap tanpa membayar denda yang dikenakan? Kerana denda yang sudah dibiarkan selama bertahun-tahun sudah pasti tinggi harganya.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Orang yang menipu serta tidak amanah tergolong di kalangan orang munafik yang bakal menerima seksaan yang sangat pedih di akhirat nanti.

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W bersabda :

من غش فليس منا

Maksudnya: Siapa yang menipu bukan dari kalangan kami.  (Riwayat Muslim)

Berdasarkan soalan tuan, adalah lebih baik tuan berterus terang dengan pihak perpustakaan tentang peminjaman buku tersebut. Ini kerana bercakap benar dalam percakapan atau perbuatan akan menimbulkan perasaan tenang, tegas, berani dan mendapat kepercayaan manusia. Manakala sikap dusta atau pembohongan akan mengakibatkan perasaan bimbang, takut dan dipandang hina oleh masyarakat. Oleh yang demikian, dicadangkan agar tuan berbincang dengan pihak perpustakaan dengan memohon maaf serta meminta pengurangan atau pembatalan denda tersebut.

.والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 93

message user image