Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
ASSALAMUALAIKUM.
SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN STATUS TALAK JIKA BERCERITA HAL BERKENAAN BERPISAH BERSAMA ISTERI KEPADA ANAK ANAK YG MASIH KECIK. ANAK-ANAK YANG MASIH KECIL PULA BERCERITA KEPADA NENEK MEREKA. ADAKAH JATUH TALAK JIKA HAL YANG DEMIKIAN BERLAKU?
TERIMA KASIH.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد
Tidak jatuh talak yang dilafazkan secara bercerita atau bertujuan mengajar kerana tidak terdapat niat talak daripada orang yang melafazkannya. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Dr Muhammad al-Zuhaili dalam kitabnya Al-Mu'tamad Fi Fiqh al-Syafi'i:
وكذا إذا تلفظ الشخص بالطلاق حاكيًا كلام غيره، وكذلك الفقيه إذا تكرر لفظ الطلاق في درسه وتصويره، فهو لغو، لعدم القصد
Maksudnya: Begitu juga jika seseorang melafazkan talak sebagai cerita dari kata-kata orang lain, dan begitu juga jika seorang faqih mengulangi lafaz talaq dalam pengajiannya atau menggambarkannya, maka ia adalah sia-sia (tidak sah) kerana tiada niat padanya.
Tambahan lagi, berdasarkan soalan yang diberikan, sekiranya anak-anak menceritakan pula hal tersebut kepada orang lain tentunya tidak jatuh talak kerana mereka bukan orang yang mempunyai wilayah (kuasa) untuk melafazkan talak.
والله أعلم بالصواب
Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 109