BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya masih ada beberapa hari lagi utk qada'  puasa tetapi suami tidak benarkan saya untuk mengganti atas sebab risaukan keadaan anak di dalam perut. Soalan saya, patutkah saya patuh dgn arahan suami? Kalau saya teruskan untuk berpuasa, adakah dikira derhaka?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Pada dasarnya, disunatkan menggantikan puasa sesegera mungkin jika tiada keuzuran. Walau bagaimanapun, bagi wanita yang hamil sekiranya telah mendapat nasihat daripada pakar perubatan tentang risiko bahaya yang bakal dialami jika berpuasa, maka disarankan untuk tidak berpuasa buat masa ini dan boleh mengqada' puasa selepas melahirkan. Ini kerana dibimbangi jika berpuasa, akan memudaratkan diri sendiri mahupun anak di dalam kandungan. 

Berdasarkan persoalan yang dikemukakan, perkara utama adalah mendapatkan terlebih dahulu nasihat daripada Doktor dan kemudian bolehlah berbincang dengan suami. Adapun begitu, dalam hal ini sebaiknya puan mematuhi arahan suami kerana ia lebih ke arah memelihara diri dan kandungan daripada sebarang bahaya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 54

message user image