BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya ada kemusykilan berkenaan tanggungjawab menjaga dan memberi nafkah kepada isteri yang kematian suami. Siapa yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memberi nafkah kepada isteri yang kematian suami jika mereka tidak dikurniakan sebarang cahaya mata? siapa yang bertanggungjawab ketika balu dalam tempoh idah dan selepas tempoh idah?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Isteri merupakan salah seorang ahli waris yang berhak mendapat bahagian daripada harta peninggalan suaminya. Dengan demikian, harta peninggalan tersebutlah yang digunakan sebagai nafkah terhadap dirinya. Namun jika isteri itu fakir dan tidak mampu bekerja untuk menampung keperluan atas beberapa faktor tertentu seperti gila, sakit dan sebagainya, maka bapa kepada isteri tersebut wajib memberi nafkah kepadanya. Sekiranya bapa sudah tiada, maka tanggungjawab jatuh kepada datuknya untuk memberi nafkah.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 116

message user image