BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

saya nak tanya kalau suami saya lafaz kan macam ni..

.. Kalau Awk rase awk seronok bila dgn dia terus kan je Sye tak marah Sye tak larang

... Jangan kacau Saye harini awk seronok la dengan dia dlu

apa perlu sya buat


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz yang diucapkan oleh suami puan tersebut bukan merupakan lafaz talak atau cerai yang sorih (jelas) dan juga bukan lafaz kinayah (sindiran). Lafaz itu adalah satu penyataan yang mungkin hendak menunjukkan rasa marah atau tidak berpuas hati atau sebagainya terhadap tindakan puan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 89

message user image