Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Masa zaman budak sehinggalah remaja, saya puasa tak puasa. Jadi saya beranggapan saya tidak pernah berpuasa selama 30 hari pada tahun 2014 ( darjah 6) sehingga 2023 dan saya juga anggap diri saya tak pernah bayar fidyah, untuk hilangkan rasa was-was pada diri. Pada tahun 2024 sebelum masuk ramadhan, saya ingin gantikan puasa tersebut, saya dah bertaubat. Jadi, saya berjaya gantikan puasa sebanyak 23 hari. Baki 7 hari saya tak dapat ganti sebab period. Maka berapakah kadar fidyah saya perlu dibayar? Dan waktu bilakah saya perlu bayar untuk fidyah puasa lampau ni? Adakah jadi satu kesalahan kalau saya terbayar fidyah 2 kali pada untuk tahun yang sama disebabkan perasaan was-was dalam diri? Saya pernah bayar tapi tak ingat bila. Harap mufti dapat tolong saya. Saya takut hutang dengan tuhan.
Jawapan