BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Saya perlukan penjelasan mengenai susur galur seseorang yang mendakwa dia adalah dari nasab rasulullah saw. (Isu mawla amin).  Mohon penjelasan pihak tuan. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Susur galur keturunan memerlukan kepada kajian serta soal selidik yang lebih terperinci bagi memastikan nasab beliau (Maula Amin) bersambung atai tidak kepada Rasulullah SAW. Bagi ummat Islam yang tidak memiliki sebarang maklumat tersebut, maka berdiam diri dan bersangka baik itu adalah yang terbaik. Apa yang diajarkan olehnya yang menepati sunah Rasulullah SAW dan Hukum Syarak maka ia boleh diikuti. Sebaliknya jika ia bertentangan dengan sunah, hukum syarak ataupun undang-undang, maka wajib tinggalkan dan jika terdapat bukti kesalahan dari sudut undang-undang maka boleh laporkan kepada pihak berkuasa.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 19

message user image