BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Dalam Islam hukum curi duit ialah HARAM dan berdosa. 10 tahun yang lalu, saya ada curi duit daripada koperasi sekolah ketika saya berumur 12 tahun dan telah kembalikan duit tersebut menerusi akaun bank Pibg sekolah atas niat ingin menebus dosa saya kerana tiada akaun sekolah dijumpai dan permohonan maaf diselitkan. Ianya mustahil untuk saya ke sekolah tersebut atas beberapa faktor dan kekangan. Saya ingin tahu adakah Allah SWT terima perbuatan saya? Kerana saya betul2 tidak boleh hadir dan berhubung dengan pihak sekolah tersebut. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 
Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Mencuri adalah haram hukumnya kerana termasuk dalam memakan harta orang lain dengan cara yang dilarang dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa' ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.

Oleh itu, wajib memulangkan semula jumlah duit yang diambil. Cara pemulangan adalah bergantung kepada kesesuaian organisasi, berdasarkan apa yang telah dilakukan adalah memadai memulangkan duit tersebut dengan disertai dengan nota maaf dan menyatakan dari mana duit itu diambil bagi memudahkan pengurusan organisasi tersebut.


والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 91

message user image