BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Arwah abang ipar (abang isteri saya) ada membesarkan seorang anak angkat perempuan yang diambil secara sah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2001. Memang diketahui yg anak tersebut merupaka ANAK LUAR NIKAH .

Alhamdulillah....Anak tersebut kini sudah berumur 23 tahun, bekerja dan ada menyatakan hasrat untuk berkahwin. Saya telah diamanahkan oleh isteri abg ipar (biras) saya utk menjadi jurucakap bagi pihaknya.

Soalan saya ;

1. Adakah menjadi kewajipan untuk menyatakan status sebenar anak tersebut kepada keluarga bakal suaminya? Maksud saya statusnya sebagai anak luar nikah.

2. Atau...adakah cukup memberitahu yang ianya sekadar anak angkat dan perlu berwalikan Hakim??

Ssya tidak pasti sejauh mana pengetahuan bakal suami beliau tahu tentang status dirinya. Mungkin sekadar seorang anak angkat yg perlu berwalikan Hakim.

Yang menjadi KEMUSYKILAN saya ialah.....apakah pihak keluarga lelaki boleh menerima belisu sekiranya pihak keluargs lelaki mengetahui STATUS SEEBENAR sebagai seorang anak luar nikah

Mohon penjelasan. Terima kasih

 

 

 

 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan yang diajukan, sesungguhnya kemulian seseorang terletak kepada sekuat mana ketakwaannya kepada Allah SWT. Status sebagai anak tidak sah taraf tidak sewajarnya menjadi kayu ukur kepada kemuliaan seseorang. Walau bagaimanapun, dalam urusan perkahwinan ada baiknya sekiranya perkara itu diperjelaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini pada masa akan datang. Ini adalah kerana perkara tersebut dianggap sensitif bagi kebanyakkan masyarakat di negara kita. Turut dibimbangi bahawa keluarga perempuan akan dituduh menipu kerana tidak memaklumkan perkara sebenar jika diketahui di kemudian hari. Tambahan pula perkara seperti ini sukar untuk dirahsiakan dan lambat laun akan diketahui. Ditakuti juga mungkin akan timbul rasa tidak tenang serta bersalah dalam jiwa anak perempuan itu kerana tidak berterus terang. Oleh itu, ada baiknya untuk berterus terang kepada bakal pengantin lelaki dan menyerahkan kepadanya untuk menerangkan kepada pihak keluarganya sama ada untuk menerima ataupun tidak. Seandainya beliau benar-benar ikhlas dan jujur menyintai anak perempuan tersebut, dia akan berusaha untuk meyakinkan keluarganya. 

Namun begitu, apa yang kami nyatakan sekadar pandangan ikhlas kami. Segala keputusan tetap di tangan pihak puan serta keluarga biras puan.  

والله أعلم بالصواب

 

 

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 97

message user image