BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah.

Saya ingin bertanya soalan berkenaan anak angkat. Saya mempunyai seorang anak angkat perempuan yang tidak sah taraf. Saya sedia maklum bahawa tidak boleh menasabkan nama anak angkat dengan bapa angkat. Soalan saya ;

Boleh kan nama anak angkat saya berbinti kan Abdul Hafiz (nama2 Allah) dan nama bapa angkat (suami saya) adalah Mohd Hafiz. 

Harap ustaz/ustazah sudi menjawab persoalan saya. Saya sangat memerlukan jawapan atas kebuntuan saya. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Harus bagi puan untuk membinkan atau membintikan anak angkat puan kepada salah satu daripada nama-nama Allah yang agung termasuk al-Hafiz (Abdul Hafiz) kerana ia berbeza dengan Mohd Hafiz. Namun sekiranya nama suami puan adalah Abdul Hafiz, maka anak angkat tersebut tidak boleh dibinkan kepada nama Allah al-Hafiz kerana dikhuatiri akan timbul kekeliruan kepada nasab anak angkat tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 37

message user image