BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada suatu kemusykilan. Saya membela kucing dan mereka ialah kucing yang tinggal di dalam rumah. Disebabkan kucing-kucing saya selalu duduk / tidur / bermain di dalam bilik tidur saya, saya meletakkan bekas pasir untuk mereka kencing dan berak di satu sudut di bilik saya. Saya sering membersihkan bekas najis tersebut. Soalan saya ialah, adakah sah solat saya jika saya solat di dalam bilik tidur saya yang mempunyai bekas najis kucing tersebut? Adakah tempat solat itu menjadi tidak suci? Walaupun saya solat tidaklah begitu berhampiran dengan bekas najis tersebut? Mohon pencerahan untuk soalan saya ini dan terima kasih saya ucapkan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya, kucing merupakan binatang yang pandai menjaga kebersihan diri. Sah solat di dalam bilik walaupun terdapat bekas najis kucing di dalamnya. Namun perlu dipastikan bekas najis tersebut tidak berada di hadapan (arah kiblat) sewaktu menunaikan solat. Asingkan bekas najis kucing dengan kawasan solat di dalam bilik tersebut bagi memastikan kawasan sekitar tempat solat sentiasa bersih dan suci serta terhindar daripada najis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 61

message user image