BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan,

Syarikat kajiselidik membuat bayaran melalui paypal.Adakah dibolehkan.Adakah patuhi syariah.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Kami mulakan dengan firman Allah SWT  dalam surah al-Baqarah ayat 275: yang secara jelas menjelaskan hukum berjual beli iaitu:

وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَیۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba

Paypal adalah salah satu daripada perkhidmatan kewangan dalam talian yang membolehkan seseorang menghantar dan menerima wang menggunakan akaun internet dengan selamat. Pada asasnya, ia hanyalah suatu perkhitmatan yang disediakan kepada orang ramai untuk menghantar atau menerima wang daripada seseorang kepada orang lain secara atas talian. Oleh itu, menggunakan perkhidmatan Paypal sebagai medium transaksi kewangan adalah diharuskan selama mana transaksi yang dilakukan adalah berdasarkan aktiviti yang diharuskan oleh syarak. Sekiranya aktiviti kajiselidik yang dilakukan tidak melanggar mana-mana hukum syarak, maka upah yang diterima adalah diharuskan. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 104

message user image