BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Setelah niat mandi wajib, tiba tiba saya seperti berkata dalam hati/niat 'bukan mandi wajib' dan 'angkat hadas kecil' di dalam hati. Adakah batal niat mandi wajib saya yang awal nya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, tidak batal niat yang pertama untuk mandi wajib dengan sebab kata-kata di dalam hati atau bisikan dalam hati. Bagaimanapun, jika saudari telah selesai mandi, maka niat mandi wajib tersebut adalah sah. Kata-kata di hati adalah hasutan syaitan yang mengganggu manusia. Mohonlah perlindungan Allah SWT agar terhindar dari hasutan syaitan, lebih-lebih lagi dalam urusan untuk beribadah. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-A’raf : 200) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 586

message user image