BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya...saya baru berkahwin dengan isteri ke 2...selepas itu isteri ke 2 minta saya bertaklik untuk dua perkara...1. Tidak boleh bersetubuh dengan isteri pertama. 2. Tidak boleh kahwin untuk yang seterusnya atau ada hubungan dengan mana2 perempuan.

Adakah saya boleh bertaklik seperti itu, terutama taklik yang pertama tu...mohon sangat2 penjelasan pihak jabatan mufti selangor...isteri saya orang selangor.

Terima kasih banyak banyak.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

1. Antara tujuan perkahwinan ialah menghalalkan hubungan asmara antara lelaki dan wanita. Tanpa perkahwinan, hubungan asmara antara jantina berlainan adalah diharamkan. Justeru, pensyariatan perkahwinan adalah untuk menghalalkan hubungan seks antara suami isteri da ia adalah sarana paling penting dalam merealisasikan tujuan hifz al-nasal wa al-nasab (penjagaan hak keturunan dan nasab) yang dianggap salah satu daripada dharuriyyat al-khamsah (Lima Tujuan Terpenting Syariah). Maka, lafaz taklik yang melarang suami daripada melaksanakan tanggungjawab tersebut kepada isteri-isterinya adalah suatu perkara yang tidak sejajar dengan kehendak syarak. 

2. Adapun sekiranya taklik tersebut berkaitan tidak boleh kahwin untuk yang seterusnya atau ada hubungan dengan mana-mana perempuan lain, kalau tujuannya adalah baik untuk mengelakkan suami tidak mengabaikan isteri-isteri yang ada dan untuk mengelakkan suami menjalin hubungan yang tidak baik dengan perempuan lain, maka ia adalah harus pada syarak.

Namun, sekiranya taklik telah dilafazkan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, maka talik talak boleh berlaku.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 84

message user image