BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

saya ingin bertanya, apakah hukum sekiranya suami/isteri tidak begitu ingat lafaz/ayat kinnayah yang telah dikatakan oleh suami ketika pertengkaran 1 tahun yang lalu. Namun begitu, si isteri merasakan ada dan juga merasakan tiada, seperti tidak pasti.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, lafaz kinayah adalah sebarang lafaz kiasan (bukan lafaz yang jelas) yang boleh membawa kepada penceraian sekiranya suami berniat cerai seperti ucapan suami kepada isteri: "Antara kita tidak ada lagi hubungan", "Balik kau ke rumah emak bapak engkau, aku tak nak tengok muka engkau lagi".

Walau bagaimanapun, Islam tidak menetapkan sesuatu hukum berdasarkan rasa syak, ragu-ragu, sangkaan atau tidak pasti. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. 

Begitu juga kaedah fiqah yang mengatakan:

اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak (keraguan).

Oleh itu, seandainya tidak pasti sama ada melafazkan taklik ataupun tidak, atau tidak pasti lafaz yang diucapkan, maka ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan perkahwinan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 89

message user image