BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikumm.Pihak Mufti saya ada soalan yang membuatkan saya rasa gelisah.Satu hari saya berdoa kepada Allah seperti Ya Allah apabila smpi nyawa ku dikerongokong engkau ramhmati lah kematian ku.Saya nak ckp ayat itu.Tetapi tiba2 hati saya mengeluarkan perkataan kufur.Perkataan itu terjadi apabila saya belum habis membaca doa hampir separuh ayat.Lalu saya terus beristighfar dan memohon ampun.Adakah itu dikira takliq kerana waktu itu saya ingin berkata lain tetapi hati saya secara automatik mengatakan perkataan lawan baginya.

Soalan2-Adakah takliq untuk murtad perlu dilafazkan di mulut?Adakah jika didalam hati saja sudah dijadikan perkara itu berlaku?Adakah seseorang boleh bertaubat sekiranya dia menyesal dgn takliq yang dia lakukan dengan tanpa sengaja?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada situasi yang dihadapi, perkataan kufur tersebut adalah lintasan hati atau was-was syaitan yang sentiasa menggugat keimanan seseorang. Tindakan beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah dengan segera adalah kaedah terbaik untuk melawan gangguan tersebut.

Keyakinan dan niat dalam hati untuk murtad akan menyebabkan seseorang itu menjadi murtad serta merta sama ada dengan lafaz taklik atau tidak. Walau bagaimanapun, pintu taubat sentiasa terbuka dan wajib memperbaharui iman dengan mengulangi semula lafaz syahadah dengan memahami maksudnya.

Dengan hanya semata-mata niat murtad di dalam hati tanpa disertai dengan keyakinan adalah was-was atau bisikan syaitan, maka ia tidak menyebabkan murtad atau kufur. Akan tetapi disarankan untuk segera bertaubat dan mengulangi syahadah.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي مَا وَسْوَسَتْ بِهِ صُدُورُهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَكَلَّمْ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan bagi umatku apa yang diwaswaskan dengannya di dalam hatinya selagimana dia tidak melakukan atau mengatakan (apa yang diwaswaskan). (Riwayat al-Bukhari)

Apa yang boleh lakukan adalah sentiasa memperbahuri iman dengan cara memperbanyakkan ucapan (لا اله الا الله) sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

جَدِّدُوا إِيمَانَكُمْ، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ نُجَدِّدُ إِيمَانَنَا، قَالَ: أَكْثِرُوا مِنْ قَوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Bermaksud: Perbaharuilah iman kamu, Rasulullah ditanya: Bagaimana cara untuk memperbaharui iman kami. Rasulullah SAW bersabda: Perbanyakkan berkata لا اله الا الله. (Riwayat Ahmad).

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 196

message user image