BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

assalamualaikum ustaz tapak tangan saya dimasuki duri.saya telah mengeluarkan namun bila saya lihat semula masih ada duri yang kecil dan tidak ada hujung duri yang membolehkan untuk saya mengeluarkan duri tersebut(duri dah di dalam kulit) tapi duri itu masih kelihatan.Ketika saya menyentuh permukaan kulit yang ada duri itu,tiada duri yang timbul(rasa permukaan kulit yang rata).soalannya,sahkah wudhu saya dan mandi wajib selepas itu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, antara syarat sah wuduk adalah tiada sesuatu yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk dan air tidak berubah sifat kesan daripada benda asing yang melekat pada anggota wuduk. 

Sehubungan itu, berdasarkan situasi yang dinyatakan sekiranya kesan duri tersebut tidak menghalang air daripada sampai kepada kulit, maka hukum wuduk dan mandi wajib yang dilakukan adalah sah. Tambahan pula, ia terlalu kecil dan ia dimaafkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 79

message user image