BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT. Saya ingin bertanya mengenai perpindahan najis.

1. Adakah peranti elektronik (tablet, telefon) yang terjatuh di jalan tar yang merupakan tempat anjing berkeliaran (najis hukmi?) dikira sebagai najis yang berpindah?

2. Sekiranya ya, bagaimanakah cara menyucikan peranti tersebut tanpa merosakkannya, adakah perlu sertu?

Mohon diberi pencerahan kerana saya mengalami waswas terhadap soal ini. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Pada dasarnya sesuatu benda adalah suci kecuali telah jelas padanya terdapat najis. Asal kepada sesuatu yang bersih itu kekal dianggap bersih sehingga terbukti secara yakin ia telah dicemari oleh najis. Andaian ataupun syak tidak mengubah status asal yang bersih itu. Sebagaimana kaedah fiqh:

اليقين لا يزال بالشك

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan (syak).

1) Oleh itu, merujuk kepada persoalan puan tidak perlu sertu peranti elektronik tersebut sekiranya tidak dapat dipastikan dengan jelas telah terkena najis pada peranti elektronik tersebut. Walaupun jalan tersebut menjadi tempat anjing berkeliaran, ianya tidak menjadikan jalan tersebut menanggung bernajis (hukmi).

2) Tidak perlu disertu peranti elektronik tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 82

message user image