BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

1) Saya terpegang kemaluan saya yang sah ada air mazi. Saya terlupa bahawa tangan saya itu mengandungi air mazi kemudian saya menyentuh rambut saya yang basah. Sudah tentu bahagian rambut saya yang saya sentuh itu juga mengandungi air mazi. Kemudian, saya membasuh tangan saya dengan air mutlak, kemudian tangan yang suci itu saya gunakan untuk menyucikan rambut saya yang terkena air mazi tadi. Adakah tangan saya juga mengandungi air mazi semula setelah menggunakannya untuk menyucikan rambut saya atau sudah suci setelah saya basuh tangan tadi?

2) Berdasarkan soalan 1, saya anggap sahaja tangan saya sudah suci. Jika tidak suci, adakah benda benda yang saya sentuh seperti sejadah, suis lampu, pen, fon, tombol pintu dan sebagainya dengan tangan basah saya perlu menyucikan juga?


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1) Tangan yang telah dibasuh dengan air mutlak adalah suci daripada najis. Tangan yang telah suci daripada najis apabila mensucikan rambut yang diyakini terkena najis tadi adalah kekal suci setelah rambut dibasuh dengan air mutlak.

2) Tangan tersebut telah suci daripada najis dan tidak akan menjadikan segala benda yang disentuh bernajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image