BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Bismillahirahmanirohimm.. Assalamualaikum.. tuan/puan/en. saya selaku penama di atas ingin mendapat pandangan serta pendapat tentang status perkahwinan saya.di mana saya telah di sabitkan oleh mahkamah sah talak 3 dengan lafaz sorih terhadap isteri saya dengan talak bain qubra,dan sijil telah di keluarkan,walau bagaimana pun selepas perbicaraan saya merasa sangat terkilan dengan cara dan keputusan hakim tersebut,saya tidak pula membuat rayuan selepas itu kerana faktor kesihatan dan isteri saya pula telah mengambil keputusan mahkamah itu sebagai muktamad oleh sebab2 tertentu.dalam sesi perbicaraan itu hakim tersebut hendak menyamakan situasi ketika itu dengan situasi semasa lafaz di luar yang berlaku,apabila pihak hakim bertanyakan tentang niat,saya menyatakan memang tidak berniat,dan tentang kesedaran di jawab wallahuakhlam kerana banyak faktor,antaranya faktor kesihatan melibatkan pendarahan di kepala akibat berberapa kali  kemalangan motorsikal yang berlaku,dan faktor kedua melibatkan angkara sihir yang telah di nyatakan oleh peramal perubatan tradisional di kampung yang telah merawat saya sebelum kejadian lafaz tersebut.apa yang ia nyatakan adalah seseorang telah menyapu sesuatu pada motorsikal milik saya bertujuan untuk memisahkan saya dengan isteri(Wallahuakhlam)..dan sebelum saya mendapatkan rawatan tradisional tersebut,saya telah pun terlibat dalam 4 kemalangan melibatkan motorsikal saya,dan diantara kemalangan tersebut ada di antaranya berlaku tanpa saya sedari dimana dan bagaimana ia berlaku,dan ada juga yang saya tidak tahu dari mana dan hendak kemana sebelum berlaku kemalangan,hanya menyedari sudah berada di hospital(Lillahhitaala) seterusnya ada lagi perkara pelik yang berlaku kepada saya sebelum berberapa hari sebelum kejadian lafaz cerai tersebut berlaku,iaitu saya mengalami lemah dan panas tubuh badan pada suatu malam,dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta(kos RM300),apa yang mengejutkan ketika itu,doktor telah mengesahkan saya demam denggi,dan pihak doktor telah mengeluarkan satu surat serta mengarahkan saya ke hospital besar kajang atau serdang,tetapi saya telah pun engkar atas sebab terasa seperti tidak mengalami denggi,akan tetapi selang sehari selepas itu badan saya terasa kembali lemah dan mengambil keputusan untuk ke hospital kajang. setelah mendapatkan rawatan di hospital kajang dengan menggunakan surat dari pihak klinik swasta yang mengesahkan saya mengalami demam denggi tersebut,apa yang doktor hospital kajang tersebut telah memberitahu keputusan saya tidak mengalami demam denggi,apa yang di pertikaikan adalah bagaimana berat badan saya susut 8kg dan diarahkan menjalani rawatan di klinik 1malaysia yang berhampiran rumah saya.saya berasa buntu tentang hal ini.

oleh yang demikian segala cerita di atas benar2 berlaku kepada saya(Lillahitaala) sebelum berlaku kejadian lafaz cerai terhadap isteri saya yang pada masa itu saya dalam keadaan tidak normal dan benar2 tidak mengetahui apa puncanya,tetapi pihak hakim mahkamah syariah tidak meneliti keadaan dan situasi serta tidak meminta apa2 bukti yang menyatakan saya mengalami pendarahan di kepala, pihak hakim hanya bertanya pada isteri saya apakah ubat yang di beri oleh pihak hospital dan isteri saya menyatakan (paracetamol) yang ianya dianggap oleh hakim bicara adalah ubat sakit kepala biasa dan menyatakan saya perlu makan ubat sakit otak, ya pihak hakim mahkamah perlu tahu ubat yang isteri saya nyatakan (paracetamol) ni lah salah satu ubat untuk sakit tersebut.walau bagaimanapun inilah sedikit perkongsian dari saya di sini.

Dengan itu saya ingin mendapatkan pandangan dari pihak tuan adakah saya perlu mengemukakan perkara ini kepada pihak jabatan agama islam yang terbabit  atau pun meneruskan sahaja keputusan perintah mahkamah itu walau tanpa persetujuan saya mengenai situasi ketika kejadian lafaz cerai itu dan bekas isteri saya perlu menjalani hukum talak 3 mengikut hukum islam,saya telah berpisah tempat tiggal dengan isteri selepas keputusan mahkamah iaitu telah pun 4 bulan berlalu,saya berharap pihak tuan dapat memberi pandangan,dan saya sudi menerima apa jua pandangan dari pihak tuan. sekian terima kasih..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Untuk makluman pihak tuan, sekiranya mana-mana plantif atau defenden tidak berpuashati terhadap keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah, maka mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh 14 hari selepas keputusan diputuskan oleh mahkamah. Mahkamah Rayuan Syariah ini mempunyai bidangkuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan juga terhadap keputusan rayuan dari Mahkamah Rendah Syariah. Ia sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam peruntukkan Seksyen 67(1), Seksyen 67(2) dan Seksyen 67(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam sistem perundangan, tuan ada hak sekiranya tidak berpuashati dengan sesuatu keputusan yang telah diputuskan oleh hakim, maka tuan boleh membuat rayuan dengan menyatakan alasan rayuan serta melampirkan rekod-rekod perbicaraan dalam tempoh 14 selepas keputusan perbicaraan disahkan oleh pihak mahkamah sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Sekiranya telah melebihi tempoh 14 hari, tuan boleh memohon kepada mahkamah kebenaran melanjutkan tempoh rayuan. Walau bagaimanapun, tuan disarankan merujuk kepada mana-mana peguam syarie terlebih dahulu kerana proses seumpama ini agak rumit dan memerlukan kefahaman yang jelas terhadap perjalanan kes dan undang-undang yang digunapakai.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 178

message user image