Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Ada satu hari tu, pintu rumah saya terbuka. Sekumpulan anjing masuk ke kawasan rumah saya dalam keadaan waktu itu hujan sangat lebat. Anjing tu pijak di jalan yang ada dalam rumah saya tapi tak berbumbung. Akibat hujan lebat kawasan situ basah terkena air hujan dan dipijak anjing. Selain itu ada seekor anjing yang lain pijak di atas weedmat (sejenis plastik hitam) yang tutup atas tanah rumah saya. Jadi anjing itu pijak di situ dan saya nampak waktu itu dia sedang bergelut dengan kucing saya. Saya nampak kejadian ini di tingkap. Selepas itu saya terus bergegas buka pintu untuk halau anjing2 tu. Kucing saya sempat lari selamatkan diri. Tapi saya tak nampak anjing itu gigit kucing saya atau tidak. Bagaimana kalau anjing tu gigit kucing saya dan air liur anjing yang terkena pada kucing tu sudah bercampur dengan air hujan yang membasahi seluruh badan kucing saya? Kemudian kucing yang terkena air liur anjing tu berjalan di tempat lain pula dalam rumah saya. Cuma beberapa hari selepas tu kucing saya mati. Jadi saya syak anjing tu telah gigit kucing saya sehingga buatkan kucing saya mati. Tapi saya tak nampak dan tak tau di mana kawasan yang anjing itu gigit pada kucing saya.
Saya bimbang dengan kawasan yang dipijak anjing. Jadi saya tanya mak saya adakah perlu samak. Mak saya kata tak perlu samak. Sebab susah untuk samak semua kawasan tersebut. Jadi saya tak samak. Lagipun, mak saya kena pergi ke airport untuk penerbangan pada malam itu juga. Jadi saya rasa mungkin tak sempat untuk samak. Tanpa samak dulu kawasan jalan itu, kereta sudah lalu di jalan yang lembap dipijak anjing tadi dan terkena jalanraya lembap yang lain.
Jadi persoalannya di sini, adakah saya perlu sertu semua tempat2 yang dilalui anjing tadi, iaitu di jalan dalam rumah saya dan di weedmat tersebut? Di bawah weedmat itu ada tanah, jadi adakah weedmat itu dapat disucikan dengan sendirinya jika hujan sudah bercampur dengan air tanah. Tetapi yang dipijak anjing adalah di atas weedmat dan bukan di atas tanah.
Selain itu, saya tahu kucing saya tak perlu disamak sebab sudah mati. Tapi, persoalannya adakah saya perlu samak di kawasan yang kucing saya mati sebab kemungkinan saya syak terdapat air liur anjing tadi yang terkena bulu kucing saya yang basah dan kemudian terkena di lantai itu pula.
Perkara ni buatkan fikiran saya terganggu sehingga saya terbeban sebab memikirkan banyak sangat najis sudah merebak. Najis yang merebak tu pula bukanlah najis yang dimaafkan, tapi najis berat. Jadi saya rasa berat sangat dan risau, tambah2 pula saya ni memang sudah lama ada penyakit waswas. Jadi bolehkah saya ambik keputusan untuk ambil mazhab lain yang katakan anjing itu tidak najis?
Maaf atas soalan yang terlalu panjang. Saya berharap dapat jawapan yang boleh tenangkan hati saya. Terima kasih.
Jawapan