BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sy ingin bertanya. Pagi td sy baru tersedar yg ada kesan air kencing kucing di depan halaman pintu rumah saya. Sebelum itu, sy ada keluar jemur kain pakai selipar getah, kemudian ank sy juga ada keluar di halaman depan rumah tanpa memakai selipar. Kemudian, kali kedua sy keluar pkai selipar yg sama buka pintu pagar utk suami sy masuk kereta. Kali ketiga sy keluar semula nk tengok kain jemuran baru sy tersedar ada air kencing kucing di halaman depan pintu dan sy cium bau pada selipar getah itu ada bau air kencing kucing. Kemudian sy teringat yg sebelum tu sy dah pakai selipar itu dan masuk ke rumah, ank sy juga mungkin telah terpijak kesan air kencing tersebut disebabkan ianya berada betul2 di hadapan pintu rumah (dia keluar rumah tanpa pakai selipar). Kami ank beranak dah jalan merata dalam rumah tanpa sedar mungkin kaki sudah terkena air kencing kucing. Persoalan saya, perlukan sy mencuci dan mengemop 1 rumah sbb kami dah pijak merata dlm rumah td? Dan ank sy juga ada dduk dgn kaki nya ats sofa. Perlu ke sy cuci sofa itu juga? Jika kami baring ats tilam dgn kaki tadi, perlu kah dibasuh cadar tilam juga? Tlg bg sy pencerahan tntang ini, sbb sy rasa letih dan penat sbnrnya utk cuci 1 rumah, smlm sy dah mop 1 rumah. Jd kalau hari ni kena mop lg, sy rs mcm susah. Bole ustaz tlg bgtau sy mcm mn perlu buat kalau keadaan mcm ni? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapat najis sama ada dari segi ain, warna atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila ia jelas kelihatan seperti tahi, air kencing dan selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna. 

Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau sangkaan sahaja, maka ia kembali kepada kaedah fiqah menyatakan: 

الأصل في الأشياء الطهارة

Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu adalah suci. 

Ini kerana pada asalnya, hukum setiap sesuatu itu adalah suci sehingga terbukti adanya najis dengan kehadiran salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Kaedah fiqah yang lain juga ada menyatakan bahawa:

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan. 

Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka tidak perlu dibersihkan atau disucikan. Jika tidak dapat dipastikan dan sekadar anggapan atau was-was maka ianya tidak boleh menjadikan sesuatu itu menjadi bernajis. 

Oleh itu, merujuk kepada persoalan puan;

Tidak boleh menganggap puan berkemungkinan terpijak kencing kucing kerana puan beranggapan terdapat kencing kucing di hadapan halaman pintu rumah puan tanpa meyakini kasut puan telah terkena ain najis tersebut. Perkara ini juga sama seperti anak puan yang keluar rumah tanpa memakai kasut turut bernajis. Berpegang kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu seperti bau, rasa dan warnanya, maka ia adalah suci. 

Namun, setelah puan mendapati terdapat kesan najis kucing pada kasut berkenaan, hendaklah dibersihkan dengan air mutlak sehingga hilang sifat najis tersebut seperti bau, rasa atau warnanya. Tidak perlu dibersihkan satu rumah cukup sekadar tempat yang diketahui terkena najis setelah diketahui kasut atau selipar tersebut terdapatnya najis kucing.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 222

message user image