BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya berkenaan hukum menjual ubat yang tidak halal. Situasinya adalah, saya adalah seorang jurujual bagi syarikat farmaseutikal dan saya diberi 10 produk untuk dijual. 1 antaranya mengandungi porcine (khinzir). Saya berfikir untuk tidak menjual/mempromosikan produk tersebut tetapi saya tidak boleh melarang atau menghentikan pembelian dari pelanggan/farmasi/hospital. Jualan dari produk tersebut akan diletakkan dibawah saya. Apakah hukum bagi situasi seperti ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, haram hukumnya melakukan kerja untuk perkara-perkara yang haram seperti menjual produk yang haram. Hasil pendapatan juga dikira haram. Seperti firman Allah dalam surah Al-Maaidah ayat 5: وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ “Dan janganlah kalian tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran” Maka sebaiknya adalah dengan menghindari bekerja dengan syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti itu. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 173

message user image